Langkau ke kandungan utama

Taktik Speed Belajar Yang Saya Gunakan Sebelum Exam

 Dah terlalu jauh ketinggalan, saya fikir ini jalan penyelesaiannya

Nama pun dah pelajar, sudah tentu kehidupan belajar bagi setiap semester harus diakhiri dengan menghadapi ujian peperiksaan. Cuma, yang menjadi faktor utama untuk hadapi cabaran itu adalah ketakutan. Yelah, masih banyak lagi nota yang belum lengkap dibuat, topik yang belum dihadam sepenuhnya, latihan yang tergendala begitu saja.

Saya pun pernah mengalami keadaan seperti itu. Disebabkan itu saya mula mencari jalan penyelesaian untuk hadam apa yang dipelajari sepanjang semester itu dengan menggunakan satu taktik. Kebiasaannya, pada saat genting ini ramai yang membuat gurauan untuk merebus semua buku dan minum air rebusan tersebut. Lupakan mitos, berpijak pada yang nyata. Taktik yang saya gunakan ini adalah inspirasi dari seorang doktor berbangsa inggeris yang berkongsi melalui saluran youtubenya.

Taktik ini dipanggil ‘Spaced Repetition’. Taktik ini memang terbukti berhasil secara saintifik khususnya untuk menghadapi ujian peperiksaan. Saya melabelkan taktik ini sebagai “taktik selang sehari” disebabkan pengolahan mengikut kesesuaian diri. Sebelum ini saya pernah kongsikan taktik ini juga bagi susunan jadual belajar harian dalam artikel Cara saya susun jadual belajar (Confirm Dekan).

Berbeza sedikit pada artikel sesi kali ini, dimana saya akan kongsikan lebih lanjut macam mana saya praktikkan taktik selang sehari dalam merangka jadual sekurang-kurangnya 1 bulan sebelum Final Exam hingga tamat exam menggunakan kalendar. Kalau rangka lebih awal, lagi bagus!

Penerangan lanjut tentang pemahaman & taktik yang digunakan

Tapi sebelum merangka taktik ini, 2 perkara yang perlu dititikberatkan iaitu 1) Kenalpasti topik yang akan keluar exam 2) Kenalpasti subjek yang perlu difokus lebih (markah coursework rendah). Lepas 2 perkara itu dah dapat dikenalpasti, baru boleh proceed dalam merangka. Baik mari kita mula merangka!


Kalau lihat berdasarkan anak panah merah gambar rajah di atas, 06.02.2023 pada hari Isnin merupakan hari Final Exam bagi subjek Research Methodology(RM) saya pada jam 2.30pm-5.30pm. Hari sebelumnya sudah tentu saya akan mengulangkaji bagi subjek tersebut.

Setiap bulatan merah yang ditanda itu merupakan Revision yang harus dibuat bagi subjek RM. Kalau perasan, saya mulakan taktik selang sehari secara mengundur bermula dari tarikh final exam bagi sesuatu subjek. Dalam satu hari, saya akan susun 2@3 topik yang sudah dikenalpasti masuk dalam final exam dan harus diulangkaji. Bilangan topik yang diulangkaji dalam sehari sebenarnya bergantung kepada tahap keupayaan masing-masing.

Saya gunakan taktik itu sama pada setiap subjek yang bakal dihadapi ketika final exam. Misalnya 1 subjek ada 10 topik yang akan masuk dalam final exam, jadi sekurang-kurangnyanya 10 hari sebelum final exam diperlukan untuk saya mengulangkaji bagi setiap topik. Bukan itu sahaja, saya memang akan letak topik pada subjek yang courserworknya rendah berulang kali pada hari lain juga. Ini akan membantu mengukuhkan kefahaman saya.

Disebabkan itu, persediaan awal amat diperlukan lebih-lebih lagi pada subjek yang memerlukan daya hafalan yang kuat. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Semoga dengan perkongsian ini, dapat memberi jalan untuk kamu terus berusaha walau apa jua keadaan. Jika ada persoalan, boleh komen dibawah atau email secara terus kepada saya. Like dan kongsikan laman ini kepada rakan-rakan atau kenalan terdekat, jika ilmu ini bermanfaat. Terima kasih.





Ulasan