Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Strategi

7 Perkara Yang Perlu Dibuat Apabila Berada Di Universiti

  Di universiti bukan hanya menimba ilmu sahaja! S atu pencapaian yang baik apabila berjaya memasuki universiti seperti yang diimpikan. Namun, ini baru sahaja permulaan baharu untuk melangkah ke arah yang lebih mencabar berbanding waktu persekolahan. Disini tiada lagi peraturan yang tetap dan yang perlu diikuti secara berkelompok seperti jadual kuliah yang selaras, waktu rehat yang singkat, guru yang sama untuk setiap subjek dan kelas. Tiada lagi nota-nota atau latihan yang disediakan sepenuhnya oleh guru, atau perlu melibatkan diri dalam aktiviti kejohanan sukan secara paksa rela dan sebagainya. Sekarang, di alam universiti terserah dan bergantung kepada diri sendiri. Kita sendiri yang aturkan bagaimana kehidupan yang mahu dibentuk. Seusai kaki melangkah ke alam universiti, ada pernah terfikir untuk sepanjang tahun pengajian apa yang harus dilakukan? Kenapa harus course ini dipelajari? Adakah course ini dijamin 100% akan merealisasikan cita-cita selepas tamat belajar? Sebagai be...

Tips Hafal & Ingat

  Hafal bukan sekadar membaca.. Kalau waktu belajar dulu, selain dari nak kena faham konsep, nak hafal sesuatu tu bukan main susah. Waktu pertama kali jumpa konsep ke, formula ke, ‘term’ ke, awal-awal dah pening nak masuk semua dalam kepala. Ada tu, wah dah yakin bila tengok, dah tulis atas kertas okay nanti akan ingat sampai exam. Yakin ke? Saya percaya mungkin ramai yang pernah melalui situasi sebegitu sebab saya juga pernah. Tapi apa cara supaya yang kita hafal tu, boleh ingat? Bukan ingat harini atau esok sampai exam je. Kalau boleh sampai bila-bila ilmu tu melekat dalam kepala. Setiap orang mungkin mempunyai IQ yang berbeza. Apa yang saya kongsikan ini adalah cara saya sendiri. Cara yang saya gunakan untuk hafal ni memang ternyata menjadi untuk diri saya zaman belajar dulu. Disini saya kongsikan cara saya hafal dan pratikkan untuk ingat dengan hanya menggunakan pancaindera. Ye betul, saya guna semua pancaindera yang dianugerahkan ini untuk ingat dan hafal sesuatu. Pancaindera ...

2 Teknik Saya Guna Untuk Selesaikan Segala Urusan

 Tiap-Tiap hari konsisten guna 2 teknik ni, menjadikan hidup saya lebih jelas Bila ada komitmen atau tanggungjawab, segala perkara berada atas kepala sendiri. Tidak kira yang masih belajar atau yang masih bekerja, bermula dari peringkat pelajar hingga ke dewasa. Masing- masing ada perkara yang perlu dilunaskan dalam kehidupan. Banyak perkara yang perlu dibuat, difikir, dan diingatkan dalam kepala. Atas komitmen seseorang itu, dia lah pelajar, dia lah seorang anak, dia lah ibu, dia lah guru dan dia lah isteri. Itu belum lagi termasuk amanah jawatan yang diberikan. Maklumlah, lumrah kehidupan untuk kita tempuhi. Pengalaman saya sebagai seorang pelajar di universiti, memang boleh dikatakan perlu adanya keseimbangan dalam menguruskan kehidupan atau ‘School-Life Balance’. Daripada itu, saya mula mencari solusi untuk mendapatkan keseimbangan dan menguruskan kehidupan dengan lebih efisien. Sehingga, saya bertemu suatu cara yang telah memberi impak positif secara keseluruhan. Pada awalnya,...