Langkau ke kandungan utama

4 Cara Guna Media Sosial Tanpa Terjebak dengan FOMO


FOMO? Apa tu?

Mungkin ada sebahagian dari kita dah familiar dan ada mungkin tidak.

FOMO adalah singkatan kepada ‘Fear of Missing Out’ bermaksud rasa takut tertinggal dengan sesuatu yang seronok.

Kenapa FOMO ni boleh terwujud? Waktu zaman 80an,90an ni takde pulak dengar..

FOMO terwujud disebabkan oleh penggunaan media sosial zaman kini yang semakin meningkat dan menjadi rutin harian dalam masyarakat.

Bila kita tengok kehidupan orang lain di Facebook, IG, Whatsapp, Tiktok nampak lebih happy, berjaya, senang.. kita pon mula rasa “Kenapa aku tak buat benda tu?” “Aku pon patut ada macamtu”. Secara ringkasnya, apa yang orang lain ada, kita pon nak ada sekali.

Contoh situasi mudah macam kawan ada beli telefon baru, kita mula rasa nak beli baru walaupun handphone sedia ada masih lagi elok. Contoh lain situasi, tengok kawan share bercuti dekat story, kita pon rasa nak pergi bercuti walaupun tak mampu. Perasaan dimana lebih kepada kejar trend dan taknak orang pandang kita kuno.

Dalam tak sedar, FOMO ni dah berleluasa menjajah fikiran dan mempengaruhi tindakan kita dari segi keputusan pembelian, penggunaan media sosial dan kesejahteraan mental. Kalau banyak pengaruh ke arah positif takpe, tapi yang banyaknya negatif.

Jadi macam mana nak atasi? Nak tutup akaun media sosial dari hidup? Atau terus leka dengan sikap sebegitu? Kalau tanya saya, sudah semestinya TIDAK.

Mari saya kongsikan 4 cara macam mana saya atasi dari terjebak dengan gejala FOMO bila guna media sosial.

1Follow Akaun yang Menyumbang Kepada Pertumbuhan

Benda pertama yang perlu difahami adalah media sosial ni dunia alam maya. Yang kita hanya berinteraksi secara dalam talian. Environment sekeliling adalah faktor utama yang mempengaruhi cara kita. Jadi saya taknak kalau benda yang tak sepatutnya mempengaruhi kehidupan realiti saya.  Tambah lagi, algoritma media sosial ni dipengaruhi oleh pautan yang kita klik dan carian di Google.

Jadi benda yang saya boleh buat atau kawal adalah dengan hanya follow akaun yang menyumbang kepada pertumbuhan pada diri saya. Yang mana saya sendiri cipta environment yang saya nak apabila buka media sosial.

2Menerima dan Melihat Konten Sebagai Inspirasi

Secara umumnya, kita tahu media sosial ni adalah ruang terbuka yang banyak maklumat boleh didapati, dikongsi dan dikonsumi. Namun, setiap orang pasti ada tujuan masing-masing untuk adanya akaun media sosial. Sama ada untuk tujuan pembelajaran, berkongsi cerita, hiburan, motivasi, berhubung dengan kawan dan lain-lain.

Masing-masing berbeza juga dengan cara menerima dan melihat sesuatu konten. Bagi saya, apa yang kita lihat setiap hari adalah apa yang kita dapat. Jadi setiap konten yang saya terima dan lihat itu, saya lihat dari sudut sisi sebagai satu peluang yang saya juga boleh seperti itu dan mungkin lebih dari tu. Maksudnya, bila lihat sesuatu konten tu memberi dorongan untuk saya terus capai apa yang diinginkan dengan cara tersendiri. Bukan dengan cara yang tidak baik seperti merampas, iri hati atau dengki sama sekali.

Kalau apa yang saya lihat itu bukan keperluan bagi saya, saya abaikan. Saya tengok sekadar tengok. Tapi kalau lihat dan lebih kepada kehendak, saya cuba filter sama ada perlu dalam jangka masa terdekat atau kemudian. Makna kata, tidak tergopoh untuk memiliki sesuatu. Bak kata pepatah, ukur baju di badan sendiri.

3Post Konten untuk Simpan Sebagai Momen Indah

Dulu saya tak berapa jelas guna media sosial. Tapi sekarang bagi saya media sosial adalah tempat untuk kita post konten sendiri sebagai momen indah untuk diingati. Kalau momen kita kongsi bagi impak pada orang lain, itu bonus dan pahala lah. Yang pasti, bukan buat konten semata-mata FOMO, sebab nak dapatkan banyak likes atau perhatian. Normal kalau apa yang dah lama trend, kita baru saje ada dan baru post. Yang penting kita sama-sama dapat merasai.

4Hadkan Masa Penggunaan

Bila terleka scroll konten-konten di media sosial menunjukkan bahawa telah banyak input yang kita hadam dan juga spend waktu yang lama pada skrin. Ada baik dan buruknya. Cuma kalau saya, cukup sekadar apa yang perlu fokus dan tahu pada haritu. Dah dapa sesuatu input, boleh back to reality dengan buat perkara yang sepatutnya. Jadi saya hadkan masa penggunaan media sosial untuk elakkan sikap bertangguh menjadi habit bagi saya.

Berikut adalah antara cara saya buat untuk tidak terjebak dengan FOMO. Dan ia berkesan bagi saya. Mungkin juga berkesan untuk kamu jika dipraktik. Ofcourse kita tak mahu habit negatif ada dalam kamus hidup. Hanya tinggal untuk buang atau terus dengan perasaan FOMO. Jawapan ada pada diri sendiri, tepuk dada tanya selera. Jika ada persoalan, boleh komen dibawah atau email kepada saya. Like dan kongsikan laman ini kepada rakan-rakan atau kenalan terdekat, jika ilmu ini bermanfaat. Terima kasih.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Perbezaan antara Asasi, Matrikulasi dan Diploma 2025

Baru-baru ni, batch 07 telah pun diumumkan dengan keputusan SPM sebenar masing-masing. Jadi macam mana? Puas hati atau tidak?  Tahniah buat adik-adik yang berjaya meraih keputusan yang cemerlang. Namun, yang kurang bernasib baik jangan putus asa sebab ini baru saja permulaan untuk kamu semua. Sekarang tiba masanya untuk tahu ke mana arah yang ingin dituju. Course apa yang ingin diambil, universiti mana yang harus dipilih dan kerjaya mana yang bakal dikecapi demi masa depan. Dulu, semua tanda tanya tu menjadi persoalan bagi saya sewaktu tingkatan 4 lagi. Dan pendedahan informasi berkaitan sambung belajar masih belum dapat tahu sepenuhnya. Berbeza dengan sekarang yang telah banyak dikongsikan melalui laman sesawang atau di sosial media. Cuma berbeza dalam artikel ini, saya ingin kongsikan pandangan peribadi sendiri tentang perbezaan haluan antara Asasi, Matrikulasi dan Diploma. Perkongsian ini dirumuskan berdasarkan pemerhatian saya, temu bual bersama rakan dan hasil research sendiri...