Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Belajar

Perbezaan antara Asasi, Matrikulasi dan Diploma 2025

Baru-baru ni, batch 07 telah pun diumumkan dengan keputusan SPM sebenar masing-masing. Jadi macam mana? Puas hati atau tidak?  Tahniah buat adik-adik yang berjaya meraih keputusan yang cemerlang. Namun, yang kurang bernasib baik jangan putus asa sebab ini baru saja permulaan untuk kamu semua. Sekarang tiba masanya untuk tahu ke mana arah yang ingin dituju. Course apa yang ingin diambil, universiti mana yang harus dipilih dan kerjaya mana yang bakal dikecapi demi masa depan. Dulu, semua tanda tanya tu menjadi persoalan bagi saya sewaktu tingkatan 4 lagi. Dan pendedahan informasi berkaitan sambung belajar masih belum dapat tahu sepenuhnya. Berbeza dengan sekarang yang telah banyak dikongsikan melalui laman sesawang atau di sosial media. Cuma berbeza dalam artikel ini, saya ingin kongsikan pandangan peribadi sendiri tentang perbezaan haluan antara Asasi, Matrikulasi dan Diploma. Perkongsian ini dirumuskan berdasarkan pemerhatian saya, temu bual bersama rakan dan hasil research sendiri...

Taktik Speed Belajar Yang Saya Gunakan Sebelum Exam

  Dah terlalu jauh ketinggalan, saya fikir ini jalan penyelesaiannya Nama pun dah pelajar, sudah tentu kehidupan belajar bagi setiap semester harus diakhiri dengan menghadapi ujian peperiksaan. Cuma, yang menjadi faktor utama untuk hadapi cabaran itu adalah ketakutan. Yelah, masih banyak lagi nota yang belum lengkap dibuat, topik yang belum dihadam sepenuhnya, latihan yang tergendala begitu saja. Saya pun pernah mengalami keadaan seperti itu. Disebabkan itu saya mula mencari jalan penyelesaian untuk hadam apa yang dipelajari sepanjang semester itu dengan menggunakan satu taktik. Kebiasaannya, pada saat genting ini ramai yang membuat gurauan untuk merebus semua buku dan minum air rebusan tersebut. Lupakan mitos, berpijak pada yang nyata. Taktik yang saya gunakan ini adalah inspirasi dari seorang doktor berbangsa inggeris yang berkongsi melalui saluran youtubenya. Taktik ini dipanggil ‘ Spaced Repetition ’. Taktik ini memang terbukti berhasil secara saintifik khususnya untuk menghada...

3 Cara Gaya Belajar (jadikan saya cepat faham)

  Setiap orang ada 1 gaya belajar yang optimum! Pautan gambar dari  Facebook Nazry Salam Setiap orang pasti beza cara menghadam maklumat yang diterima dan cara mentafsirkan maklumat. Sebab itu ada ranking dalam kelas dari 1 hingga 10. Macam mana cara supaya kita mudah faham dan termasuk dalam golongan ranking teratas? Mana ada orang yang hanya semata-mata belajar tapi tak mahu faham, bukan? Kaedah ni menyakinkan saya lagi apabila saya membuat uji kaji ke atas diri sendiri dan ia sepatutnya dipraktikkan sejak awal persekolahan. Sebentar nanti saya akan kongsikan kaedahnya. Segala nota yang saya buat dengan mengikut cara gaya belajar yang betul, menjadikan saya boleh menjawab peperiksaaan dengan baik. Ibaratnya, tanpa tengok nota tu pon saya dah boleh ingat dan faham apa yang pernah ditulis. Walaupun setiap proses belajar memerlukan masa untuk difahami, namun sekurang-kurangnya sedikit sebanyak ilmu yang dipelajari itu melekat dalam kepala dan bermanfaat untuk masa yang akan dat...

Cara Saya Susun Jadual Belajar (Confirm Dekan)

  Jadual belajar ibarat peta bagi saya sepanjang kuliah untuk setiap semester Pada awal artikel sebelum ini, saya telah kongsi berkenaan dengan tips yang saya gunakan ketika zaman belajar. Dalam artikel itu, kunci utama untuk Dekan setiap semester adalah PERSEDIAAN . Persediaan merupakan faktor utama yang mendorong diri saya ke arah matlamat yang ingin dicapai. Susunan pelan jadual belajar yang betul mengikut keutamaan dan kesesuaian diri adalah perkara yang telah saya praktik dari awal sehingga akhir semester. Baca artikel penuh :-  Rupanya Ini Cara Nak Dekan Setiap Semester Memandangkan pelajar diberi pilihan untuk menyusun jadual belajar sendiri, jadi mudah untuk saya bahagikan subjek-subjek berkenaan mengikut waktu sendiri. Kos yang diambil pada ketika itu pula, memang ada teori dan pengiraan bagi setiap subjek. Jadi saya perlu tahu subjek apa yang harus diletakkan pada waktu pagi atau waktu petang. Mari saya kongsikan bagaimana cara saya susun pelan jadual ...

Rupanya Ini Cara Nak Dekan Setiap Semester..

Sesebuah kejayaan itu bukan hanya kebetulan Ini salah satu keputusan semester saya sepanjang belajar di universiti Alhamdulillah rezeki dapat  meraih keputusan yang baik dalam peperiksaan. Sebagai seorang bekas pelajar universiti, inilah salah satu impian semua pelajar apabila menjejaki institusi pendidikan. Satu kemanisan yang dapat membayar segala pengorbanan, usaha, tenaga dan masa bagi memperoleh keputusan yang baik.  Saya bukanlah seorang pelajar yang genius tapi dengan menggunakan cara belajar yang betul, saya dan kamu juga bisa jadi genius. Banyak tanda tanya yang selalu bermain difikiran saya, ‘Kalau ada orang boleh dapat keputusan yang baik, kenapa tidak saya sekali?’ ‘Apa kaedah belajar yang perlu digunakan?’ ‘Macam mana cara nak praktik?’  Dari zaman sekolah menengah sehingga ke alam universiti, saya mencari jalan dengan menganalisis untuk menemukan cara yang boleh digunapakai ketika belajar. Sehingga dapat saya simpulkan ini cara persediaan yang perlu diprakti...