Jadual belajar ibarat peta bagi saya sepanjang kuliah untuk setiap semester
Baca artikel penuh :- Rupanya Ini Cara Nak Dekan Setiap Semester
Memandangkan pelajar diberi pilihan untuk menyusun jadual belajar sendiri, jadi mudah untuk saya bahagikan subjek-subjek berkenaan mengikut waktu sendiri. Kos yang diambil pada ketika itu pula, memang ada teori dan pengiraan bagi setiap subjek. Jadi saya perlu tahu subjek apa yang harus diletakkan pada waktu pagi atau waktu petang.
Mari saya kongsikan bagaimana cara saya susun pelan jadual belajar. Ini merupakan salah satu persediaan sebelum kuliah yang memang saya praktik. Yang pasti, memang saya sudah kenal pasti gaya belajar tersendiri ketika itu.
Kebiasaannya, setiap semester pasti terdiri dari sekurang-kurangnya 5 subjek untuk dipelajari, bahkan boleh jadi 10 subjek termasuk subjek tambahan yang diambil ketika itu. Jadi apa yang saya buat adalah dengan mengenal pasti semua subjek yang bakal dipelajari itu. Saya akan menyelidik dari dasar, sama ada subjek itu adalah teori atau pengiraan mahupun kedua-duanya sekali.
Bagi subjek yang kurang jelas asasnya, saya akan cuba bertanyakan kepada senior yang telah ambil subjek berkenaan. Penting juga untuk berkawan dengan senior ni yaa, mungkin mereka boleh kongsi tips-tips yang bermanfaat. Mereka dah lalui onak dan duri dahulu, pasti asam garam belajar juga sudah ditempuhi.
Kemudian, selepas selesai kenal pasti asas setiap subjek, saya mula bahagikan subjek berkenaan mengikut waktu. Saya seorang yang mudah untuk menerima input pada waktu pagi dan lebih kepada pengiraan pada sebelah petang. Bagi subjek yang asasnya teori, memerlukan daya ingatan yang kuat dan juga hafalan, saya akan letakkan subjek tersebut di sebelah pagi. Manakala, bagi subjek yang asasnya pengiraan, terdiri dari formula dan bermain dengan nombor, saya akan letakkan subjek berkenaan pada sebelah petang.
Untuk subjek yang asasnya meliputi kedua-duannya sekali (teori dan pengiraan), saya akan mempertimbangkan sama ada subjek berkenaan lebih sesuai pada sebelah pagi atau petang. Yang penting, perlu kenal pasti gaya belajar yang tersendiri. Gambar dibawah menunjukkan contoh pelan jadual kuliah saya pada semester 3 2021.
Seterusnya, saya mula cipta jadual belajar sendiri pada jadual kuliah semester itu. Saya akan pastikan jadual belajar itu dipenuhkan pada hari minggu perkuliahan dan kosongkan jadual pada hari hujung minggu. Namun bergantung kepada kredit semester yang diambil ketika itu.
Konsep yang digunakan untuk menyusun jam jadual belajar adalah bergantung kepada kredit setiap subjek dan didarab dengan 2. Sebagai contoh, kredit bagi subjek ‘Manufacturing Technology’ adalah 3, maka 3 x 2 = 6 Hours. Saya gunakan konsep yang sama untuk semua subjek yang diambil ketika itu dan totalkan jam tersebut untuk mengetahui jumlah jam yang perlu ditumpukan untuk membuat ulangkaji.
Caranya, saya akan susun jam jadual berikut selepas selesai kuliah bagi subjek berkenaan dan juga selang satu hari. Sebagai satu contoh, boleh lihat pada gambar di atas untuk subjek ‘Manufacturing Technology’. Jumlah jam bagi subjek itu adalah 6 jam, jadi saya letakkan 2 jam pertama pada hari Ahad selepas kuliah tersebut selesai, kemudian 2 jam kedua pada hari Selasa dan 2 jam ketiga pada hari khamis. Saya akan mengulangkaji dan membuat nota bagi subjek tersebut mengikut jadual belajar yang disusun.
Cara susunan jadual itu memudahkan gambaran untuk saya menjalani kehidupan sebagai seorang pelajar universiti. Disamping dapat menguruskan masa dengan bijak selain dari melibatkan diri dengan aktiviti-aktiviti luar dalam sehari-hari.
Semoga dengan perkongsian cara susunan jadual belajar ini dapat membantu para pelajar dalam menguruskan kehidupan dengan lebih teratur dan mengelakkan sikap bertangguh dalam sesuatu perkara. Jika ada persoalan, inginkan kefahaman lanjut dan mahukan template seperti gambar di atas, boleh komen dibawah atau email secara terus kepada saya. Kongsikan laman ini kepada rakan-rakan atau kenalan terdekat, jika ilmu ini bermanfaat. Terima kasih.
Ulasan
Catat Ulasan