Langkau ke kandungan utama

Tips Hafal & Ingat

 Hafal bukan sekadar membaca..


Kalau waktu belajar dulu, selain dari nak kena faham konsep, nak hafal sesuatu tu bukan main susah.

Waktu pertama kali jumpa konsep ke, formula ke, ‘term’ ke, awal-awal dah pening nak masuk semua dalam kepala. Ada tu, wah dah yakin bila tengok, dah tulis atas kertas okay nanti akan ingat sampai exam. Yakin ke?

Saya percaya mungkin ramai yang pernah melalui situasi sebegitu sebab saya juga pernah. Tapi apa cara supaya yang kita hafal tu, boleh ingat? Bukan ingat harini atau esok sampai exam je. Kalau boleh sampai bila-bila ilmu tu melekat dalam kepala.

Setiap orang mungkin mempunyai IQ yang berbeza. Apa yang saya kongsikan ini adalah cara saya sendiri. Cara yang saya gunakan untuk hafal ni memang ternyata menjadi untuk diri saya zaman belajar dulu. Disini saya kongsikan cara saya hafal dan pratikkan untuk ingat dengan hanya menggunakan pancaindera.

Ye betul, saya guna semua pancaindera yang dianugerahkan ini untuk ingat dan hafal sesuatu. Pancaindera yang saya maksudkan adalah tangan, mata, mulut dan telinga. Kecuali hidung sebab saya tak guna tips minyak wangi waktu hafal, kalau ada yang nak cuba boleh saje.

Bagaimana cara saya gunakan tu?

Okay saya bagi satu contoh keadaan bila mana, saya perlu hafal dan ingat nota ringkas yang saya dah buat sendiri menggunakan kefahaman sendiri sebelum nak masuk exam.

Yang pertama, nak hafal sesuatu tu sudah tentu kena faham dulu. Waktu nak hafal, saya akan salin apa yang nak dihafal tu (tangan), saya akan mengeja/menulis apa yang nak dihafal tu dengan betul (mata), saya akan menyebut perkataan yang nak dihafal (mulut) sehingga dapat didengari apa yang dihafal (telinga).

Dah itu sahaja cara mudah untuk hafal sesuatu. Ehh betul ke ni?

Ya betul, tapi dengan syarat buat perkara tersebut secara berulang kali sampai tanpa ada nota ataupun tengok nota, dah boleh explain dekat kawan. Buat je seberapa kerap yang mungkin selagi belum melekat dalam kepala.

Semoga dengan perkongsian ini dapat membantu cara untuk hafal sesuatu dengan mudah. Pastikan niat nak belajar dan faham sesuatu tu kena betul.Jika ada persoalan, boleh komen dibawah atau email secara terus kepada saya. Like dan kongsikan laman ini kepada rakan-rakan atau kenalan terdekat, jika ilmu ini bermanfaat. Terima kasih.



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pengalaman Hiking Bukit Berekeh, Perak Jam 2 Pagi

  Saya ada share scenery puncak Bukit Berekeh di Instagram, cantik kan? Sebelum-sebelum ni saya memang dah biasa hiking, tapi ni first time dalam hidup hiking jam 2 pagi semata-mata nak tengok sunrise dan awan karpet. Resultnya memang berbaloi sangat!!😍😆 Boleh laa repeat lagi nanti.. Awalnya, dah plan dengan kawan, bertolak dari Selangor ke Perak pergi dan balik dalam masa 1 hari jee. Memang kalini punya adventure betul-betul extreme dan rare 😂😂. Kira-kira dalam jam 10 malam kami gerak. Nak jadi cerita, ada kawan kitorang ni bawak lebihan mee kari dari rumah. K atanya  buat bekalan sebelum hiking 😂 Jadi kena lah singgah kedai beli mangkuk pakai buang. Anggaran dalam jam 1 pagi kami sampai di main point. Sebelum hiking, kami sempat la makan mee kari duluu, warm up kan badan dan persiapkan alatan yang perlu. Memandangkan hiking jam 2 pagi, beberapa alatan yang memang saya persiapkan awal untuk keselamatan diri dan memudahkan perjalanan.  Main point untuk parking kereta...