Langkau ke kandungan utama

Betul Ke Hidup Hanya Follow The Flow?

 Dari mimpi kepada realiti

Sumber gambar: pinterest.com

Semua orang pasti akan melalui zaman menjadi seorang pelajar. Memang tak boleh lari. Itu lah norma apabila usia dah semakin menginjak dari bayi ke dewasa. Waktu bayi masih belum pandai menguruskan segala benda, semua mak ayah yang uruskan bagai menatang minyak yang penuh. Dah besar (mumaiyiz + baligh), dah masuk peringkat sekolah baru mula berdikari.

Waktu peringkat menengah, saya dah mula terfikir secara mendalam. Besar nanti nak jadi apa? Bukan jawapan biasa yang cikgu sekolah tanya dalam kelas tu, tapi lebih fokus dengan terperinci. Tengok mak ayah kerja, cari duit untuk sara kehidupan kami. Saya fikir, kerja hanya untuk cari duit ke?

Ada juga berfikir nak bantu keluarga, nak ringankan beban. Tengok persekitaran saudara-mara beri bantuan pada yang memerlukan. Saya terdetik adakah perlu jadi manusia yang berbakti pada masyarakat?


Saya membayangkan berbagai impian. Impian ke mana arah yang ingin saya tuju. Saya hanya berlatar belakang dari keluarga yang sederhana, mungkin ketika itu impian hanya sekadar angan-angan. Tapi itu tak menjadi faktor kepada saya. Saya tak hanya mengabaikan impian terkubur di dalam kepala. Saya percaya seberapa banyak impian yang diimpikan itu akan saya jadikan realiti. BOM! ternyata lebih dari apa yang saya bayang.

Sehingga sekarang, masih banyak impian saya yang belum dicapai. Perjalanan saya masih jauh tapi jelas. Sebab saya sedar, dengan impian lah membawa saya pada tujuan hidup yang jelas. Setiap pilihan yang dipilih, adalah apa yang saya inginkan. Setiap keputusan yang dibuat, adalah bergantung sepenuhnya pada saya. Namun, tanpa sokongan kuat dari keluarga dan yakin pada diri sendiri tidak mungkin segala perkara itu dapat dicapai.

Impian yang dibayangkan bukan datang sekaligus tapi sedikit demi sedikit. Bagi saya, impian tercipta melalui pemerhatian kita disekeliling, dari sumber bacaan, nasihat dari ibu bapa@orang yang lebih tua dan sebagainya. Dari situ, inspirasi mula timbul. Impian setiap individu sudah pasti berbeza, tapi kita mempunyai matlamat yang sama iaitu mencapai impian.

Kehidupan dan cabaran yang dilalui tentu berbeza jalannya. Bukan senang nak senang, bukan susah nak susah. Bak kata pepatah, Yang bulat tidak datang bergolek, Yang pipih tidak datang melayang.

Semoga dengan perkongsian ini dapat membuka mata dan menjadi tunggak untuk kamu mulai bermimpi. Teruskan semangat untuk mencapai impian hidup yang jelas. Jika ada persoalan, boleh komen dibawah atau email secara terus kepada saya. Like dan kongsikan laman ini kepada rakan-rakan atau kenalan terdekat, jika ilmu ini bermanfaat. Terima kasih. 


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pengalaman Hiking Bukit Berekeh, Perak Jam 2 Pagi

  Saya ada share scenery puncak Bukit Berekeh di Instagram, cantik kan? Sebelum-sebelum ni saya memang dah biasa hiking, tapi ni first time dalam hidup hiking jam 2 pagi semata-mata nak tengok sunrise dan awan karpet. Resultnya memang berbaloi sangat!!😍😆 Boleh laa repeat lagi nanti.. Awalnya, dah plan dengan kawan, bertolak dari Selangor ke Perak pergi dan balik dalam masa 1 hari jee. Memang kalini punya adventure betul-betul extreme dan rare 😂😂. Kira-kira dalam jam 10 malam kami gerak. Nak jadi cerita, ada kawan kitorang ni bawak lebihan mee kari dari rumah. K atanya  buat bekalan sebelum hiking 😂 Jadi kena lah singgah kedai beli mangkuk pakai buang. Anggaran dalam jam 1 pagi kami sampai di main point. Sebelum hiking, kami sempat la makan mee kari duluu, warm up kan badan dan persiapkan alatan yang perlu. Memandangkan hiking jam 2 pagi, beberapa alatan yang memang saya persiapkan awal untuk keselamatan diri dan memudahkan perjalanan.  Main point untuk parking kereta...