Langkau ke kandungan utama

Rupanya Ini Cara Nak Dekan Setiap Semester..

Sesebuah kejayaan itu bukan hanya kebetulan

Ini salah satu keputusan semester saya sepanjang belajar di universiti

Alhamdulillah rezeki dapat meraih keputusan yang baik dalam peperiksaan. Sebagai seorang bekas pelajar universiti, inilah salah satu impian semua pelajar apabila menjejaki institusi pendidikan. Satu kemanisan yang dapat membayar segala pengorbanan, usaha, tenaga dan masa bagi memperoleh keputusan yang baik. 

Saya bukanlah seorang pelajar yang genius tapi dengan menggunakan cara belajar yang betul, saya dan kamu juga bisa jadi genius. Banyak tanda tanya yang selalu bermain difikiran saya, ‘Kalau ada orang boleh dapat keputusan yang baik, kenapa tidak saya sekali?’ ‘Apa kaedah belajar yang perlu digunakan?’ ‘Macam mana cara nak praktik?’ 

Dari zaman sekolah menengah sehingga ke alam universiti, saya mencari jalan dengan menganalisis untuk menemukan cara yang boleh digunapakai ketika belajar. Sehingga dapat saya simpulkan ini cara persediaan yang perlu dipraktikkan sejurus keputusan saya membuahkan hasil yang baik.

Benjamin Franklin pernah berkata:
"Jika kamu gagal untuk merancang, kamu merancang untuk gagal"

Dari petikan tersebut dapat dijelaskan bahawa sesebuah kejayaan itu bukan hanya kebetulan, namun dari perancangan yang teratur, matlamat yang jelas dan cara yang betul adalah kunci sesebuah kejayaan.

3 Persediaan yang saya praktik untuk mendapatkan keputusan yang baik :-

  1. Persediaan sebelum kuliah
  2. Persediaan ketika kuliah
  3. Persediaan selepas kuliah 

Baik, mari saya kupaskan satu per satu cara persediaan yang dimaksudkan.

Persediaan Sebelum Kuliah

Sebelum mulanya sesi perkuliahan, saya telah pun diberi maklum dari pihak fakulti tentang subjek yang bakal diambil pada semester tersebut sejurus dengan setiap pensyarah bagi subjek berkenaan. Dari itu, saya ambil tahu subjek apa yang bakal saya tempuhi dan mula mencari bahan rujukan seperti buku atau melayari laman sesawang (pakcik Google) untuk ketahui isi kandungan bagi subjek berkenaan. Saya akan cuba baca dan fahamkan sedikit sebanyak konsep bagi setiap subjek itu supaya tidaklah nanti otak saya terkejut apabila merima maklumat baharu.

Saya juga mengenalpasti pensyarah yang akan mengajar bagi subjek berkenaan. Sesetengah pelajar mungkin lebih cenderung memilih pensyarah mengikut jantina untuk keselesaan, tapi terpulang kepada masing-masing. Saya lebih tertumpu dari segi latar belakang pensyarah. Sebenarnya, tidak kira siapa pensyarah tersebut, yang penting kehadiran penuh untuk datang ke kelas memainkan peranan. Beberapa tips dan cara jawab soalan sudah pasti akan dikongsikan oleh pensyarah sewaktu di dalam kelas.

Merangka jadual perkuliahan juga antara aspek yang saya titikberatkan sebelum sesi perkualiahan. Susunan setiap subjek sama ada di sebelah pagi atau petang, mahupun teori atau pengiraan. Selain itu, persediaan barang kelengkapan seperti kertas kajang, pen, kalkulator dan sebagainya perlu juga diambil kira.

Persediaan Ketika Kuliah

Seperti yang dijelaskan sebelum ini, memahami konsep dan isi kandungan untuk setiap subjek perlu diambil kira dari awal. Jadi, catatan atau nota ringkas dari persediaan itu, saya bawa masuk ke kelas. Saya akan fokus di dalam kelas dan cuba untuk membandingkan kefahaman sebelumnya dengan apa yang disampaikan oleh pensyarah. Sementara itu, saya juga sedia kertas A4/kertas kajang/notepad untuk menulis segala informasi yang disampaikan oleh pensyarah ketika belajar.

Sebelum tu, saya cuba fahamkan objektif pembelajaran bagi topik yang akan dipelajari. Ini akan meletakkan diri saya pada matlamat yang jelas sekaligus memudahkan sesi pembelajaran. 

Benda penting yang pelajar sering terlepas pandang ketika kuliah adalah untuk bertanyakan soalan. Ini sangat sangatlah wajib dan sekurangnya 1 soalan bagi setiap perkuliahan. Dengan itu, persoalan atau maklumat yang kurang jelas bermain diminda boleh terus dapat diperjelas.

Persediaan Selepas Kuliah

Mungkin ada yang musykil dengan persediaan selepas kuliah. Iyaa lah, dah siap ambil segala ilmu dalam kelas, kenapa perlu persediaan selepas kuliah lagi. Tapi sebenarnya inilah antara faktor yang kurang diambil tumpuan. 

Pernah atau tak mengalami keadaan bila mana sewaktu di dalam kuliah dah faham semua dan dah jelas, tapi lepas keluar dari kelas semua yang faham tadi jadi lupa.. Kalau ada yang pernah, persediaan selepas kuliah sebenarnya antara yang perlu ditumpukan bagi menangani isu tersebut.

Segala catatan atau nota ringkas yang salin ketika di dalam kelas, perlu dijadikan satu nota yang menarik untuk dirujuk kemudian hari. Jika ada informasi yang kurang jelas dalam sesuatu bahagian itu, saya akan cuba mencari maklumat melalui pelbagai bahan selain dari buku dan nota yang disediakan oleh pensyarah. Ini dapat memudahkan saya untuk membuat nota ringkas dan padat. Sekarang semua maklumat pun dah dihujung jari, jadi hanya tinggal untuk cari dan klik sahaja ^_^.

Disamping itu, saya juga buat latihan pengiraan yang memerlukan pengunaan formula secara berulang-ulang untuk memahirkan otak dalam subjek tersebut sebab ‘Practice makes Perfect’ kan. Selesai perkara itu, saya akan buat semakan kesuluruhan topik yang dipelajari dan tidak lupa juga untuk mengambil faham sedikit sebanyak topik yang akan dipelajari esok harinya.

Berikut 3 persediaan yang telah saya praktikkan ketika saya belajar di universiti sehingga memperoleh keputusan yang diimpikan. Apa yang dipraktikkan itu semua adalah berdasarkan pengalaman saya sepenuhnya.

Semoga dengan perkongsian ini dapat memberi kefahaman bahawa belajar adalah suatu proses yang menyeronokkan untuk dilalui dan bukanlah sukar untuk mencapai kejayaan jika betul-betul inginkan. Jika ada persoalan boleh komen dan kongsikan laman ini kepada rakan-rakan atau kenalan terdekat, jika ilmu ini bermanfaat. Terima kasih.






Ulasan