Langkau ke kandungan utama

Pengalaman Hiking Bukit Berekeh, Perak Jam 2 Pagi

 

Saya ada share scenery puncak Bukit Berekeh di Instagram, cantik kan?

Sebelum-sebelum ni saya memang dah biasa hiking, tapi ni first time dalam hidup hiking jam 2 pagi semata-mata nak tengok sunrise dan awan karpet. Resultnya memang berbaloi sangat!!πŸ˜πŸ˜† Boleh laa repeat lagi nanti..

Awalnya, dah plan dengan kawan, bertolak dari Selangor ke Perak pergi dan balik dalam masa 1 hari jee. Memang kalini punya adventure betul-betul extreme dan rare πŸ˜‚πŸ˜‚. Kira-kira dalam jam 10 malam kami gerak. Nak jadi cerita, ada kawan kitorang ni bawak lebihan mee kari dari rumah. Katanya buat bekalan sebelum hiking πŸ˜‚ Jadi kena lah singgah kedai beli mangkuk pakai buang.

Anggaran dalam jam 1 pagi kami sampai di main point. Sebelum hiking, kami sempat la makan mee kari duluu, warm up kan badan dan persiapkan alatan yang perlu. Memandangkan hiking jam 2 pagi, beberapa alatan yang memang saya persiapkan awal untuk keselamatan diri dan memudahkan perjalanan. 

Main point untuk parking kereta

Cuma nasihat saya, kalau taknak jauh perjalanan. Tak perlu parking kereta di main point macam kitorang. Terus parking di area bawah sebelum nak start hiking macam dalam gambar bawah.

Area untuk parking kereta sebelum starting point

Pekena mee kari sebelum hiking πŸ˜‚
P/S: kucing buat teman tengok kat sebelah ya

Antaranya ialah headlamp, torchlight, beg galas, windbreaker, kasut hiking, & powerbank. Kitorang just bawak apa yang perlu saja. Kalau plan nak tidur sana sebab dah sampai awal kat puncak, boleh je bawak sleeping bag camping, atau nak masak ii dekat atas sana pon boleh. Bawak portable stove dan makanan. Cuma nanti berat pikul waktu panjat bukit je laaπŸ˜‚ 

Actually hiking ni dibawah tanggungjawab kami sendiri. Kitorang takde hire tour guide. Cuma waktu kami sampai di sana, ada team yang memang hire tour guide dan hiking bukit berekeh dalam waktu yang sama. Jadi boleh la kami satu jalan dan gerak sekali. Saya syorkan untuk hire tour guide kalau nak gerak waktu pagi.

Di Bukit Berekeh ni, ada 4 puncak yang perlu dilalui sebelum betul-betul sampai ke puncak akhir. Waktu mula-mula memang akan masuk ladang sawit. Jadi kiri kanan nampak sawit je dan pijak tanah. Sepanjang perjalanan pon memang jalan atas tanah dan tiada jalan tar. 


Bukit Berekeh ni memang banyak curam. First puncak pon dah kena guna tali untuk panjat. Kalau yang jenis sakit lutut dan kurang stamina, diingatkan untuk cuba sedaya yang boleh je. Kalau penat, rehat sekejap. Kalau tak larat, afdal untuk elakkan panjat atau hanya naik separuh jee. 

Antara puncak 1 nak ke puncak 2 memang agak jauh sedikit nak dibandingkan dengan jarak puncak 3 nak ke 4. Nama pun dah bukit, jadi permukaan tanah memang akan kejap naik,kejap turun, kejap naik, kejap turun. Jadi jangan lupa bawak air masak secukupnya untuk elak dehidrasi.


Anggaran jam 5 pagi kami dah sampai puncak akhir. Sementara nak tunggu matahari terbit tu, sempat sekejap kami lelapkan mata. Udara kat atas memang sejuk sangat. Bestt sangat sebab dapat tengok bintang waktu malam, bukit-bukit, pergerakan matahari terbit dan awan waktu pagi dengan jarak dekat. Sangat syorkan pada siapa-siapa yang suka dengan nature.


Langit dah cerah boleh la ambik gambar bukti berjaya sampai puncakπŸ˜†Atau buat video pendek dengan kawan-kawan. Sampai ada yang bawak baju kurung/melayu salin dekat atas untuk sesi penggambaran tau. Buat simpan kenangan gituu.

Kami gerak turun semula dalam jam 7.30 pagi macamtu dan sampai bawah dalam jam 9 lebih. Nasihat saya waktu turun bukit kena kuatkan cengkaman di bahagian kaki supaya tak mudah jatuh atau tergolek.

Unlock hiking list di Bukit Berekah,Perak. Lepasni nak hiking mana lagi ya agak-agakπŸ™ˆ Semoga dengan perkongsian ini dapat memberi manfaat buat pembaca.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

3 Cara Gaya Belajar (jadikan saya cepat faham)

  Setiap orang ada 1 gaya belajar yang optimum! Pautan gambar dari  Facebook Nazry Salam Setiap orang pasti beza cara menghadam maklumat yang diterima dan cara mentafsirkan maklumat. Sebab itu ada ranking dalam kelas dari 1 hingga 10. Macam mana cara supaya kita mudah faham dan termasuk dalam golongan ranking teratas? Mana ada orang yang hanya semata-mata belajar tapi tak mahu faham, bukan? Kaedah ni menyakinkan saya lagi apabila saya membuat uji kaji ke atas diri sendiri dan ia sepatutnya dipraktikkan sejak awal persekolahan. Sebentar nanti saya akan kongsikan kaedahnya. Segala nota yang saya buat dengan mengikut cara gaya belajar yang betul, menjadikan saya boleh menjawab peperiksaaan dengan baik. Ibaratnya, tanpa tengok nota tu pon saya dah boleh ingat dan faham apa yang pernah ditulis. Walaupun setiap proses belajar memerlukan masa untuk difahami, namun sekurang-kurangnya sedikit sebanyak ilmu yang dipelajari itu melekat dalam kepala dan bermanfaat untuk masa yang akan dat...