Langkau ke kandungan utama

4 Cara Untuk Bersyukur Walaupun Hidup Tengah Serabut


Ada waktu dimana keadaan tak seperti hari biasa. Tiba-tiba datang angin puting beliung, yang diri sendiri tak expect harini 'unlucky day'.. Masalah yang sedia ada ditambah pulak dengan yang baru. Otak serabut, rasa stuck. Semua perkara yang dibuat, semua tak jadi.. Pernah tak lalui macamni? Tambah-tambah yang jenis tak reti control emosi, jumpa orang asyik nak marah-marah je. 

Buka handphone scroll sosial media niat nak luangkan masa, tapi bila dah tengok orang lain punya story, semua happy, semua impian/kejayaan dah pon mereka miliki. Sehingga mula timbul persoalan difikiran, "kenapa kehidupan aku macamni?" "Kenapa aku tak macam diorang?"

Datang macam-macam persoalan dalam kepala sehingga kita tak sedar dah jadi overthinking dan dalam diam dah memperkecilkan diri sendiri. Mula lah letak perasaan serba tak cukup dengan apa yang sedia ada.

Tak elok sebenarnya berfikir negatif dalam jangka masa yang panjang. Kalau boleh cepat-cepat shift mindset negatif kepada positif. Lepas dari tu, saya belajar bahawa bersyukur bukan bila semuanya sempurna tetapi bila saya masih mampu bangun walau tak sempurna.

Antara perkara yang saya belajar adalah;-

1. Live in the moment 
Waktu tengah serabut, saya cuba berhenti berfikir sejenak. Saya lihat sekeliling, lihat dengan apa yang ada pada diri. Masih diberi kesihatan yang cukup, makan minum masih terjaga walaupun mungkin tidak lebih tapi ADA, masih ada nafas dan peluang harini dan rahmat yang sedia ada. Cukup hidup bersederhana untuk meneruskan hari-hari dari berfikir kehadapan terlalu jauh yang tidak pasti.

2. Percaya bahawa kita juga akan tiba waktunya
Hidup tak selalu dibawah dan tak selalu diatas. Saya letak kepercayaan dan yakin akan sampai waktunya, kita akan merasai segala impian dan kebahagiaan yang terbaik dari yang terbaik dari Tuhan yang Maha Esa. Mungkin bukan sekarang waktunya, tapi dilain waktu. Terima saja secara tenang dengan apa yang ada di hadapan dan sekeliling.

3. Tetapkan standard 'cukup' yang tersendiri
Saya harus letak tahap 'cukup' dengan cara sendiri. Tak perlu membandingkan kecukupan kita dengan orang lain. Kenikmatan cukup yang berbeza antara satu sama lain adalah perkara yang normal bagi saya. Jadi, saya ada standard 'cukup' saya sendiri dan mereka ada standard 'cukup' mereka sendiri. Tak perlu nak dapatkan validasi 'cukup' itu dari pandangan orang lain. Cukup diri sendiri saja yang tahu.

4. Reflect diri dengan progress sebelumnya
Ada satu masa tu saya rasa macam semua perkara yang dibuat selama ini, sampai sekarang sama je hasilnya. Takde perubahan. Tapi terkadang saya lupa untuk reflect diri dengan progress yang telah saya lalui sehingga sekarang. Mungkin langkah kecil ini perlukan waktu untuk sampai ke destinasinya. Sebab nikmat yang sebenar adalah proses yang dilalui dan pengalaman yang dirasai. Jadi, yang penting percaya pada diri untuk tetap teruskan usaha hingga sampai ke tujuannya.

Sebagai seorang manusia, lebih-lebih lagi dalam agama telah mengajar kita untuk bersyukur setiap masa. Ujian yang diberi itu adalah untuk mengajar kita dan mewarnai hari-hari kehidupan. Semoga yang masih struggle, kuatkan semangat dan diberi kesihatan yang baik dalam menempuh dunia pancaroba. Jika ada persoalan, boleh komen dibawah atau email kepada saya. Like dan kongsikan laman ini kepada rakan-rakan atau kenalan terdekat, jika ilmu ini bermanfaat. Terima kasih.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pengalaman Hiking Bukit Berekeh, Perak Jam 2 Pagi

  Saya ada share scenery puncak Bukit Berekeh di Instagram, cantik kan? Sebelum-sebelum ni saya memang dah biasa hiking, tapi ni first time dalam hidup hiking jam 2 pagi semata-mata nak tengok sunrise dan awan karpet. Resultnya memang berbaloi sangat!!😍😆 Boleh laa repeat lagi nanti.. Awalnya, dah plan dengan kawan, bertolak dari Selangor ke Perak pergi dan balik dalam masa 1 hari jee. Memang kalini punya adventure betul-betul extreme dan rare 😂😂. Kira-kira dalam jam 10 malam kami gerak. Nak jadi cerita, ada kawan kitorang ni bawak lebihan mee kari dari rumah. K atanya  buat bekalan sebelum hiking 😂 Jadi kena lah singgah kedai beli mangkuk pakai buang. Anggaran dalam jam 1 pagi kami sampai di main point. Sebelum hiking, kami sempat la makan mee kari duluu, warm up kan badan dan persiapkan alatan yang perlu. Memandangkan hiking jam 2 pagi, beberapa alatan yang memang saya persiapkan awal untuk keselamatan diri dan memudahkan perjalanan.  Main point untuk parking kereta...

4 Cara Guna Media Sosial Tanpa Terjebak dengan FOMO

FOMO? Apa tu? Mungkin ada sebahagian dari kita dah familiar dan ada mungkin tidak. FOMO adalah singkatan kepada ‘Fear of Missing Out’ bermaksud rasa takut tertinggal dengan sesuatu yang seronok . Kenapa FOMO ni boleh terwujud? Waktu zaman 80an,90an ni takde pulak dengar.. FOMO terwujud disebabkan oleh penggunaan media sosial zaman kini yang semakin meningkat dan menjadi rutin harian dalam masyarakat. Bila kita tengok kehidupan orang lain di Facebook, IG, Whatsapp, Tiktok nampak lebih happy, berjaya, senang.. kita pon mula rasa “Kenapa aku tak buat benda tu?” “Aku pon patut ada macamtu”. Secara ringkasnya, apa yang orang lain ada, kita pon nak ada sekali. Contoh situasi mudah macam kawan ada beli telefon baru, kita mula rasa nak beli baru walaupun handphone sedia ada masih lagi elok. Contoh lain situasi, tengok kawan share bercuti dekat story, kita pon rasa nak pergi bercuti walaupun tak mampu. Perasaan dimana lebih kepada kejar trend dan taknak orang pandang kita kuno. ...