Langkau ke kandungan utama

Konsep Sebenar 'Love Yourself First' dan Cara Saya Aplikasikan dalam Kehidupan


Love yourself


Words 'Love Yourself First' ni tidak asing lagi untuk diperkata atau dibicara. Cuma yang membezakan setiap dari kita itu adalah melalui fahaman konsep 'Love Yourself' masing-masing dan cara kita aplikasikannya dalam kehidupan. Dan mungkin ada yang sehingga sekarang masih belum sayang sepenuhnya pada diri sendiri dan masih tercari-cari apa itu makna sebenar 'Love Yourself First'.

Konsep yang saya akan kongsikan dibawah adalah cara saya memahaminya sejak dari tahun yang lalu dan ia telah banyak memberi kesan positif dari setiap aspek kehidupan saya. Lebih-lebih lagi saya percaya, bila kita sayang diri kita sendiri kesannya turut dirasai oleh orang sekeliling. Malah, kerap kali saya kongsikan penerangan dalam pengetahuan saya kepada kawan-kawan yang terdekat supaya mereka jelas dan ofcourse sayang diri mereka sendiri.

Bagi saya, main root atau asas dalam 'Love Yourself First' adalah dengan ketahui value atau nilai dalam diri sendiri. Nilai-nilai seperti kejujuran, bantu orang, bersikap terbuka, rendah diri, berani, bersyukur dan sebagainya adalah contoh nilai yang boleh diterapkan. Sebab setiap orang meletakkan keutamaan nilai yang berbeza-beza dalam diri mereka. Dengan ketahui nilai ini lah kita dapat rasa happy untuk diri sendiri sekaligus menunjukkan diri kita yang sebenar. Sebagai contoh, saya seorang yang suka bantu orang. Bila saya buat sesuatu pertolongan itu, saya buat kerana diri saya. Saya buat sebab saya rasa happy bila bantu orang. Dalam tak sedar, dengan saya sayang diri saya, saya telah menyumbang dan memberikan kesan positif kepada orang yang dibantu.

Dan bila sebut 'Love Yourself First' kita faham bahawa apa-apa perkara mesti dahulukan diri kita. Jadi dari mulai bangun tidur dengan setiap apa yang dibuat, apa perkara yang diuruskan adalah untuk diri sendiri. Nak bagi jelas, saya bagi contoh situasi dalam hidup kekeluargaan. Seorang isteri, Aminah misalnya yang juga seorang ibu bangun awal pagi sediakan sarapan kepada anak-anak sebelum ke sekolah atau untuk suaminya sebelum kerja. Jadi kenapa agak-agak Aminah perlu buat semua tu? Sudah tentu sebab untuk diri Aminah sendiri, merasakan nilai tanggungjawab sebagai seorang ibu & isteri terhadap keluarga. Kesannya Aminah rasa happy untuk dirinya sendiri dan sekaligus mewujudkan suasana keluarga yang bahagia.

Utamakan perasaan kasihan pada orang atau secara spesifiknya buat sesuatu perkara tu disebabkan atas dasar kasihan pada 'orang lain', konon-konon ingin jaga perasaan mereka, sebenarnya memberi suatu kesan yang negatif atau buruk kepada diri sendiri dari pandangan jujur saya. Ye, sebab kita dah letak peranan Love Others First berbanding diri kita dalam situasi tersebut. 

So far dapat tangkap tak konsep yang saya cuba sampaikan? Bila kita betul-betul mendalami dan utamakan diri sendiri confirm kesan-kesan positif akan dirasai sepenuhnya.

Kita akan jadi seorang yang ada pendirian kukuh. Bila ada prinsip atau pendirian diri yang teguh, kita takkan mudah terikut-ikut orang. Apa-apa yang dikatakan oleh orang tidak akan beri kesan kepada diri kita sebab kita percaya dan yakin kita dah jadi diri kita sebagaimana yang kita inginkan.

Lain dari itu, dapat tingkatkan self-awareness. Kita dah tahu apa perkara yang kita suka, dan juga perkara kita tak suka. Dah tahu apa sensitiviti diri kita terhadap sekeliling misalnya takut pada serangga, takut pada darah, takut pada ketinggian dan sebagainya. Maka kita takkan bawa diri kita ke arah yang membuatkan kita tak happy.

Kesan terakhir adalah kita mudah untuk bersosial dan menjalinkan hubungan. Sebab bila kita dah sayang diri kita, kita akan tahu dengan siapa kita dapat bersosial, orang yang macam mana boleh kita terima untuk dijadikan sebagai kawan. Sama juga dengan pasangan, walaupun tengah bercinta, kita masih jadi diri sendiri dan masih pegang dengan prinsip sendiri. Realitinya, bercinta tak bermakna kita akan bergantung sepenuhnya terhadap pasangan.

Jadi sayanggilah diri kita. Love Yourself First. Tiada siapa lagi yang boleh sayang diri kita sendiri setahap kemahuan yang kita inginkan. Percayalah bahawa tidak semua orang dapat memenuhi apa yang kita inginkan setiap waktu. Semoga dengan perkongsian ini dapat memberi sedikit pencerahan tentang Love Yourself First dan dapat digunapakai dalam kehidupan harian. Jika ada persoalan, boleh komen dibawah atau email secara terus kepada saya. Like dan kongsikan laman ini kepada rakan-rakan atau kenalan terdekat, jika ilmu ini bermanfaat. Terima kasih.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pengalaman Hiking Bukit Berekeh, Perak Jam 2 Pagi

  Saya ada share scenery puncak Bukit Berekeh di Instagram, cantik kan? Sebelum-sebelum ni saya memang dah biasa hiking, tapi ni first time dalam hidup hiking jam 2 pagi semata-mata nak tengok sunrise dan awan karpet. Resultnya memang berbaloi sangat!!😍😆 Boleh laa repeat lagi nanti.. Awalnya, dah plan dengan kawan, bertolak dari Selangor ke Perak pergi dan balik dalam masa 1 hari jee. Memang kalini punya adventure betul-betul extreme dan rare 😂😂. Kira-kira dalam jam 10 malam kami gerak. Nak jadi cerita, ada kawan kitorang ni bawak lebihan mee kari dari rumah. K atanya  buat bekalan sebelum hiking 😂 Jadi kena lah singgah kedai beli mangkuk pakai buang. Anggaran dalam jam 1 pagi kami sampai di main point. Sebelum hiking, kami sempat la makan mee kari duluu, warm up kan badan dan persiapkan alatan yang perlu. Memandangkan hiking jam 2 pagi, beberapa alatan yang memang saya persiapkan awal untuk keselamatan diri dan memudahkan perjalanan.  Main point untuk parking kereta...

4 Cara Guna Media Sosial Tanpa Terjebak dengan FOMO

FOMO? Apa tu? Mungkin ada sebahagian dari kita dah familiar dan ada mungkin tidak. FOMO adalah singkatan kepada ‘Fear of Missing Out’ bermaksud rasa takut tertinggal dengan sesuatu yang seronok . Kenapa FOMO ni boleh terwujud? Waktu zaman 80an,90an ni takde pulak dengar.. FOMO terwujud disebabkan oleh penggunaan media sosial zaman kini yang semakin meningkat dan menjadi rutin harian dalam masyarakat. Bila kita tengok kehidupan orang lain di Facebook, IG, Whatsapp, Tiktok nampak lebih happy, berjaya, senang.. kita pon mula rasa “Kenapa aku tak buat benda tu?” “Aku pon patut ada macamtu”. Secara ringkasnya, apa yang orang lain ada, kita pon nak ada sekali. Contoh situasi mudah macam kawan ada beli telefon baru, kita mula rasa nak beli baru walaupun handphone sedia ada masih lagi elok. Contoh lain situasi, tengok kawan share bercuti dekat story, kita pon rasa nak pergi bercuti walaupun tak mampu. Perasaan dimana lebih kepada kejar trend dan taknak orang pandang kita kuno. ...

4 Cara Untuk Bersyukur Walaupun Hidup Tengah Serabut

Ada waktu dimana keadaan tak seperti hari biasa. Tiba-tiba datang angin puting beliung, yang diri sendiri tak expect harini 'unlucky day'.. Masalah yang sedia ada ditambah pulak dengan yang baru. Otak serabut, rasa stuck. Semua perkara yang dibuat, semua tak jadi..  Pernah tak lalui macamni?  Tambah-tambah yang jenis tak reti control emosi, jumpa orang asyik nak marah-marah je.  Buka handphone scroll sosial media niat nak luangkan masa, tapi bila dah tengok orang lain punya story, semua happy, semua impian/kejayaan dah pon mereka miliki. Sehingga  mula timbul  persoalan  difikiran, "kenapa kehidupan aku macamni?" "Kenapa aku tak macam diorang?" Datang macam-macam persoalan dalam kepala sehingga kita tak sedar dah jadi overthinking dan dalam diam dah memperkecilkan diri sendiri. Mula lah letak perasaan serba tak cukup dengan apa yang sedia ada. Tak elok sebenarnya berfikir negatif dalam jangka masa yang panjang. Kalau boleh cepat-cepat shift mindset negatif ...