Langkau ke kandungan utama

Perbezaan antara Asasi, Matrikulasi dan Diploma 2025


Baru-baru ni, batch 07 telah pun diumumkan dengan keputusan SPM sebenar masing-masing. Jadi macam mana? Puas hati atau tidak? 

Tahniah buat adik-adik yang berjaya meraih keputusan yang cemerlang. Namun, yang kurang bernasib baik jangan putus asa sebab ini baru saja permulaan untuk kamu semua. Sekarang tiba masanya untuk tahu ke mana arah yang ingin dituju. Course apa yang ingin diambil, universiti mana yang harus dipilih dan kerjaya mana yang bakal dikecapi demi masa depan.

Dulu, semua tanda tanya tu menjadi persoalan bagi saya sewaktu tingkatan 4 lagi. Dan pendedahan informasi berkaitan sambung belajar masih belum dapat tahu sepenuhnya. Berbeza dengan sekarang yang telah banyak dikongsikan melalui laman sesawang atau di sosial media.

Cuma berbeza dalam artikel ini, saya ingin kongsikan pandangan peribadi sendiri tentang perbezaan haluan antara Asasi, Matrikulasi dan Diploma. Perkongsian ini dirumuskan berdasarkan pemerhatian saya, temu bual bersama rakan dan hasil research sendiri.

Bagi memudahkan penjelasan berikut, saya rumuskan dalam jadual seperti dibawah;

 Haluan

 Asasi

 Matrikulasi

 Diploma

Tempoh Pengajian

1 tahun 

Terdapat 2 program:

PST - Program 1 tahun

PDT - Program 2 tahun

2.5 hingga 3 tahun bergantung kepada jurusan

Tujuan Pengajian

Laluan cepat masuk ke universiti awam. Hanya jurusan  yang tertentu sahaja

Laluan pantas untuk ke fasa Ijazah IPTA. Hanya untuk jurusan Sains, Akaun dan Teknikal sahaja

Laluan jangka panjang yang lebih praktikal & teknikal.

Kandungan Pembelajaran

Lebih akademik & fokus mengikut laluan pengkhususan

Mirip asasi cuma lebih umum 

Lebih mendalam disebabkan gabungan teori & praktikal

Yuran Pembiayaan

Yuran rendah bermula dengan RM 1000.

Tanggungan sendiri, Bantuan Kewangan Asasi (BKA) & tajaan biasiswa boleh dimohon

Pengajian ditanggung oleh KPT sepehunya.

Elaun bulanan sebanyak RM250 disediakan

Yuran dikenakan beragantung pada jurusan dipilih dan tinggi sedikit berbanding asasi & matrikulasi.

Pinjaman PTPTN atau tajaan biasiswa boleh dimohon

Peluang Sambungan

Wajib sambung ijazah.

Asasi terbuka mirip seperti matrikulasi, meluas untuk  mohon dimana-mana IPTA.

Asasi tertutup biasanya hanya ke universiti awam yang menawarkan program asasi tersebut. Misalnya dari Asasi UIA → Ijazah di UIA

Wajib sambung ijazah dan meluas untuk mohon dimana-mana IPTA.

Cuma akan bersaing dengan pelajar STPM, STAM & Asasi

Tidak wajib tapi boleh sambung ijazah di IPTA/IPTS 

Sijil diploma sahaja layak untuk memohon pekerjaan berbanding Asasi & Matrikulasi 

Persekitaran & Pakaian

Pra-universiti

Pakaian bergantung kepada setiap peraturan asasi universiti

Kolej/Asrama

Pakaian perempuan baju kurung bagi yang beragama Islam atau pakaian formal bagi yang bukan beragama Islam

Pakaian lelaki baju formal seperti kemeja lengan panjang dan bukan leher bulat


Universiti

Pakaian bebas asalkan diterima pakai dalam peraturan universiti


Untuk pengetahuan juga, syllabus antara asasi dan matrikulasi adalah lebih kurang sama cuma berbeza pada carry marks yang diperuntukkan. Bagi yang mahu yuran pengajian rendah, boleh mohon ke haluan asasi/matrikulasi. Contoh macam Bantuan Kewangan Asasi,BKA untuk batch sebelum ni peroleh anggaran RM 1,900 setiap sem dan dapatlah untuk kurangkan risiko dalam kewangan. Dan ada khabar baru yang mengatakan terdapat sedikit peningkatan pada tahun batch seterusnya. Peruntukan dari tajaan negeri juga ada yang tersedia dan boleh dimohon untuk pembiayaan.

Bukan itu je, cuti pertengahan semester untuk asasi dan matrikulasi adalah 2 minggu sahaja selepas final exam dan sebelum memasuki semester baru. Jika nak dibandingkan dengan haluan diploma yang jaraknya 1-2 bulan cuti pertengahan semester. Dari segi pemakaian, Asasi UniSZA adalah formal baju kurung bagi perempuan beragama Islam dan kemeja bagi perempuan bukan bergama Islam dan lelaki manakala Asasi UiTM memakai pakaian bebas yang diterimapakai oleh peraturan universiti. Jadi pemakaian tu bergantung kepada peraturan asasi masing-masing.

Pemilihan haluan yang mana harus dipilih bergantung kepada keutamaan masing-masing. Ada yang memilih jalan pintas dan cepat seperti asasi/matrikulasi untuk masuk ijazah dan bergraduasi pada usia yang muda. Ada yang memilih jalan panjang untuk mencari dan mendalami ilmu bagi meningkatkan kefahaman dan pengalaman. Jadi kamu jalan yang mana? Tepuk dada tanya selera.

Semoga dengan perkongsian tersebut dapat membantu kamu untuk lihat gambaran secara kasar dan meluas dalam memilih haluan hidup selepas tamat persekolahan. Jika ada persolan, boleh tanya atau email terus kepada saya.

Mungkin ada pandangan lain yang kamu ketahui, boleh juga komen dibawah dan kongsikan laman ini kepada kenalan atau rakan-rakan terdekat,jika perkongsian ini bermanfaat. Terima kasih.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Tips Hafal & Ingat

  Hafal bukan sekadar membaca.. Kalau waktu belajar dulu, selain dari nak kena faham konsep, nak hafal sesuatu tu bukan main susah. Waktu pertama kali jumpa konsep ke, formula ke, ‘term’ ke, awal-awal dah pening nak masuk semua dalam kepala. Ada tu, wah dah yakin bila tengok, dah tulis atas kertas okay nanti akan ingat sampai exam. Yakin ke? Saya percaya mungkin ramai yang pernah melalui situasi sebegitu sebab saya juga pernah. Tapi apa cara supaya yang kita hafal tu, boleh ingat? Bukan ingat harini atau esok sampai exam je. Kalau boleh sampai bila-bila ilmu tu melekat dalam kepala. Setiap orang mungkin mempunyai IQ yang berbeza. Apa yang saya kongsikan ini adalah cara saya sendiri. Cara yang saya gunakan untuk hafal ni memang ternyata menjadi untuk diri saya zaman belajar dulu. Disini saya kongsikan cara saya hafal dan pratikkan untuk ingat dengan hanya menggunakan pancaindera. Ye betul, saya guna semua pancaindera yang dianugerahkan ini untuk ingat dan hafal sesuatu. Pancaindera ...

4 Cara Untuk Bersyukur Walaupun Hidup Tengah Serabut

Ada waktu dimana keadaan tak seperti hari biasa. Tiba-tiba datang angin puting beliung, yang diri sendiri tak expect harini 'unlucky day'.. Masalah yang sedia ada ditambah pulak dengan yang baru. Otak serabut, rasa stuck. Semua perkara yang dibuat, semua tak jadi..  Pernah tak lalui macamni?  Tambah-tambah yang jenis tak reti control emosi, jumpa orang asyik nak marah-marah je.  Buka handphone scroll sosial media niat nak luangkan masa, tapi bila dah tengok orang lain punya story, semua happy, semua impian/kejayaan dah pon mereka miliki. Sehingga  mula timbul  persoalan  difikiran, "kenapa kehidupan aku macamni?" "Kenapa aku tak macam diorang?" Datang macam-macam persoalan dalam kepala sehingga kita tak sedar dah jadi overthinking dan dalam diam dah memperkecilkan diri sendiri. Mula lah letak perasaan serba tak cukup dengan apa yang sedia ada. Tak elok sebenarnya berfikir negatif dalam jangka masa yang panjang. Kalau boleh cepat-cepat shift mindset negatif ...