Langkau ke kandungan utama

Catatan

4 Cara Untuk Bersyukur Walaupun Hidup Tengah Serabut

Ada waktu dimana keadaan tak seperti hari biasa. Tiba-tiba datang angin puting beliung, yang diri sendiri tak expect harini 'unlucky day'.. Masalah yang sedia ada ditambah pulak dengan yang baru. Otak serabut, rasa stuck. Semua perkara yang dibuat, semua tak jadi..  Pernah tak lalui macamni?  Tambah-tambah yang jenis tak reti control emosi, jumpa orang asyik nak marah-marah je.  Buka handphone scroll sosial media niat nak luangkan masa, tapi bila dah tengok orang lain punya story, semua happy, semua impian/kejayaan dah pon mereka miliki. Sehingga  mula timbul  persoalan  difikiran, "kenapa kehidupan aku macamni?" "Kenapa aku tak macam diorang?" Datang macam-macam persoalan dalam kepala sehingga kita tak sedar dah jadi overthinking dan dalam diam dah memperkecilkan diri sendiri. Mula lah letak perasaan serba tak cukup dengan apa yang sedia ada. Tak elok sebenarnya berfikir negatif dalam jangka masa yang panjang. Kalau boleh cepat-cepat shift mindset negatif ...

Konsep Sebenar 'Love Yourself First' dan Cara Saya Aplikasikan dalam Kehidupan

Words 'Love Yourself First' ni tidak asing lagi untuk diperkata atau dibicara. Cuma yang membezakan setiap dari kita itu adalah melalui fahaman konsep 'Love Yourself' masing-masing dan cara kita aplikasikannya dalam kehidupan. Dan mungkin ada yang sehingga sekarang masih belum sayang sepenuhnya pada diri sendiri dan masih tercari-cari apa itu makna sebenar 'Love Yourself First'. Konsep yang saya akan kongsikan dibawah adalah cara saya memahaminya sejak dari tahun yang lalu dan ia telah banyak memberi kesan positif dari setiap aspek kehidupan saya. Lebih-lebih lagi saya percaya, bila kita sayang diri kita sendiri kesannya turut dirasai oleh orang sekeliling. Malah, kerap kali saya kongsikan penerangan dalam pengetahuan saya kepada kawan-kawan yang terdekat supaya mereka jelas dan ofcourse sayang diri mereka sendiri. Bagi saya, main root atau asas dalam 'Love Yourself First' adalah dengan ketahui value atau nilai dalam diri sendiri . Nilai-nilai seperti ke...

7 Perkara Yang Perlu Dibuat Apabila Berada Di Universiti

  Di universiti bukan hanya menimba ilmu sahaja! S atu pencapaian yang baik apabila berjaya memasuki universiti seperti yang diimpikan. Namun, ini baru sahaja permulaan baharu untuk melangkah ke arah yang lebih mencabar berbanding waktu persekolahan. Disini tiada lagi peraturan yang tetap dan yang perlu diikuti secara berkelompok seperti jadual kuliah yang selaras, waktu rehat yang singkat, guru yang sama untuk setiap subjek dan kelas. Tiada lagi nota-nota atau latihan yang disediakan sepenuhnya oleh guru, atau perlu melibatkan diri dalam aktiviti kejohanan sukan secara paksa rela dan sebagainya. Sekarang, di alam universiti terserah dan bergantung kepada diri sendiri. Kita sendiri yang aturkan bagaimana kehidupan yang mahu dibentuk. Seusai kaki melangkah ke alam universiti, ada pernah terfikir untuk sepanjang tahun pengajian apa yang harus dilakukan? Kenapa harus course ini dipelajari? Adakah course ini dijamin 100% akan merealisasikan cita-cita selepas tamat belajar? Sebagai be...

Taktik Speed Belajar Yang Saya Gunakan Sebelum Exam

  Dah terlalu jauh ketinggalan, saya fikir ini jalan penyelesaiannya Nama pun dah pelajar, sudah tentu kehidupan belajar bagi setiap semester harus diakhiri dengan menghadapi ujian peperiksaan. Cuma, yang menjadi faktor utama untuk hadapi cabaran itu adalah ketakutan. Yelah, masih banyak lagi nota yang belum lengkap dibuat, topik yang belum dihadam sepenuhnya, latihan yang tergendala begitu saja. Saya pun pernah mengalami keadaan seperti itu. Disebabkan itu saya mula mencari jalan penyelesaian untuk hadam apa yang dipelajari sepanjang semester itu dengan menggunakan satu taktik. Kebiasaannya, pada saat genting ini ramai yang membuat gurauan untuk merebus semua buku dan minum air rebusan tersebut. Lupakan mitos, berpijak pada yang nyata. Taktik yang saya gunakan ini adalah inspirasi dari seorang doktor berbangsa inggeris yang berkongsi melalui saluran youtubenya. Taktik ini dipanggil ‘ Spaced Repetition ’. Taktik ini memang terbukti berhasil secara saintifik khususnya untuk menghada...

Betul Ke Hidup Hanya Follow The Flow?

  Dari mimpi kepada realiti Sumber gambar:  pinterest.com Semua orang pasti akan melalui zaman menjadi seorang pelajar. Memang tak boleh lari. Itu lah norma apabila usia dah semakin menginjak dari bayi ke dewasa. Waktu bayi masih belum pandai menguruskan segala benda, semua mak ayah yang uruskan bagai menatang minyak yang penuh. Dah besar (mumaiyiz + baligh), dah masuk peringkat sekolah baru mula berdikari. Waktu peringkat menengah, saya dah mula terfikir secara mendalam. Besar nanti nak jadi apa? Bukan jawapan biasa yang cikgu sekolah tanya dalam kelas tu, tapi lebih fokus dengan terperinci. Tengok mak ayah kerja, cari duit untuk sara kehidupan kami. Saya fikir, kerja hanya untuk cari duit ke? Ada juga berfikir nak bantu keluarga, nak ringankan beban. Tengok persekitaran saudara-mara beri bantuan pada yang memerlukan. Saya terdetik adakah perlu jadi manusia yang berbakti pada masyarakat? Saya membayangkan berbagai impian. Impian ke mana arah yang ingin saya tuju. Saya hanya b...