Langkau ke kandungan utama

Catatan

4 Cara Guna Media Sosial Tanpa Terjebak dengan FOMO

FOMO? Apa tu? Mungkin ada sebahagian dari kita dah familiar dan ada mungkin tidak. FOMO adalah singkatan kepada ‘Fear of Missing Out’ bermaksud rasa takut tertinggal dengan sesuatu yang seronok . Kenapa FOMO ni boleh terwujud? Waktu zaman 80an,90an ni takde pulak dengar.. FOMO terwujud disebabkan oleh penggunaan media sosial zaman kini yang semakin meningkat dan menjadi rutin harian dalam masyarakat. Bila kita tengok kehidupan orang lain di Facebook, IG, Whatsapp, Tiktok nampak lebih happy, berjaya, senang.. kita pon mula rasa “Kenapa aku tak buat benda tu?” “Aku pon patut ada macamtu”. Secara ringkasnya, apa yang orang lain ada, kita pon nak ada sekali. Contoh situasi mudah macam kawan ada beli telefon baru, kita mula rasa nak beli baru walaupun handphone sedia ada masih lagi elok. Contoh lain situasi, tengok kawan share bercuti dekat story, kita pon rasa nak pergi bercuti walaupun tak mampu. Perasaan dimana lebih kepada kejar trend dan taknak orang pandang kita kuno. ...

Perbezaan antara Asasi, Matrikulasi dan Diploma 2025

Baru-baru ni, batch 07 telah pun diumumkan dengan keputusan SPM sebenar masing-masing. Jadi macam mana? Puas hati atau tidak?  Tahniah buat adik-adik yang berjaya meraih keputusan yang cemerlang. Namun, yang kurang bernasib baik jangan putus asa sebab ini baru saja permulaan untuk kamu semua. Sekarang tiba masanya untuk tahu ke mana arah yang ingin dituju. Course apa yang ingin diambil, universiti mana yang harus dipilih dan kerjaya mana yang bakal dikecapi demi masa depan. Dulu, semua tanda tanya tu menjadi persoalan bagi saya sewaktu tingkatan 4 lagi. Dan pendedahan informasi berkaitan sambung belajar masih belum dapat tahu sepenuhnya. Berbeza dengan sekarang yang telah banyak dikongsikan melalui laman sesawang atau di sosial media. Cuma berbeza dalam artikel ini, saya ingin kongsikan pandangan peribadi sendiri tentang perbezaan haluan antara Asasi, Matrikulasi dan Diploma. Perkongsian ini dirumuskan berdasarkan pemerhatian saya, temu bual bersama rakan dan hasil research sendiri...

Pengalaman Hiking Bukit Berekeh, Perak Jam 2 Pagi

  Saya ada share scenery puncak Bukit Berekeh di Instagram, cantik kan? Sebelum-sebelum ni saya memang dah biasa hiking, tapi ni first time dalam hidup hiking jam 2 pagi semata-mata nak tengok sunrise dan awan karpet. Resultnya memang berbaloi sangat!!😍😆 Boleh laa repeat lagi nanti.. Awalnya, dah plan dengan kawan, bertolak dari Selangor ke Perak pergi dan balik dalam masa 1 hari jee. Memang kalini punya adventure betul-betul extreme dan rare 😂😂. Kira-kira dalam jam 10 malam kami gerak. Nak jadi cerita, ada kawan kitorang ni bawak lebihan mee kari dari rumah. K atanya  buat bekalan sebelum hiking 😂 Jadi kena lah singgah kedai beli mangkuk pakai buang. Anggaran dalam jam 1 pagi kami sampai di main point. Sebelum hiking, kami sempat la makan mee kari duluu, warm up kan badan dan persiapkan alatan yang perlu. Memandangkan hiking jam 2 pagi, beberapa alatan yang memang saya persiapkan awal untuk keselamatan diri dan memudahkan perjalanan.  Main point untuk parking kereta...

4 Cara Untuk Bersyukur Walaupun Hidup Tengah Serabut

Ada waktu dimana keadaan tak seperti hari biasa. Tiba-tiba datang angin puting beliung, yang diri sendiri tak expect harini 'unlucky day'.. Masalah yang sedia ada ditambah pulak dengan yang baru. Otak serabut, rasa stuck. Semua perkara yang dibuat, semua tak jadi..  Pernah tak lalui macamni?  Tambah-tambah yang jenis tak reti control emosi, jumpa orang asyik nak marah-marah je.  Buka handphone scroll sosial media niat nak luangkan masa, tapi bila dah tengok orang lain punya story, semua happy, semua impian/kejayaan dah pon mereka miliki. Sehingga  mula timbul  persoalan  difikiran, "kenapa kehidupan aku macamni?" "Kenapa aku tak macam diorang?" Datang macam-macam persoalan dalam kepala sehingga kita tak sedar dah jadi overthinking dan dalam diam dah memperkecilkan diri sendiri. Mula lah letak perasaan serba tak cukup dengan apa yang sedia ada. Tak elok sebenarnya berfikir negatif dalam jangka masa yang panjang. Kalau boleh cepat-cepat shift mindset negatif ...

Konsep Sebenar 'Love Yourself First' dan Cara Saya Aplikasikan dalam Kehidupan

Words 'Love Yourself First' ni tidak asing lagi untuk diperkata atau dibicara. Cuma yang membezakan setiap dari kita itu adalah melalui fahaman konsep 'Love Yourself' masing-masing dan cara kita aplikasikannya dalam kehidupan. Dan mungkin ada yang sehingga sekarang masih belum sayang sepenuhnya pada diri sendiri dan masih tercari-cari apa itu makna sebenar 'Love Yourself First'. Konsep yang saya akan kongsikan dibawah adalah cara saya memahaminya sejak dari tahun yang lalu dan ia telah banyak memberi kesan positif dari setiap aspek kehidupan saya. Lebih-lebih lagi saya percaya, bila kita sayang diri kita sendiri kesannya turut dirasai oleh orang sekeliling. Malah, kerap kali saya kongsikan penerangan dalam pengetahuan saya kepada kawan-kawan yang terdekat supaya mereka jelas dan ofcourse sayang diri mereka sendiri. Bagi saya, main root atau asas dalam 'Love Yourself First' adalah dengan ketahui value atau nilai dalam diri sendiri . Nilai-nilai seperti ke...