Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2025

Perbezaan antara Asasi, Matrikulasi dan Diploma 2025

Baru-baru ni, batch 07 telah pun diumumkan dengan keputusan SPM sebenar masing-masing. Jadi macam mana? Puas hati atau tidak?  Tahniah buat adik-adik yang berjaya meraih keputusan yang cemerlang. Namun, yang kurang bernasib baik jangan putus asa sebab ini baru saja permulaan untuk kamu semua. Sekarang tiba masanya untuk tahu ke mana arah yang ingin dituju. Course apa yang ingin diambil, universiti mana yang harus dipilih dan kerjaya mana yang bakal dikecapi demi masa depan. Dulu, semua tanda tanya tu menjadi persoalan bagi saya sewaktu tingkatan 4 lagi. Dan pendedahan informasi berkaitan sambung belajar masih belum dapat tahu sepenuhnya. Berbeza dengan sekarang yang telah banyak dikongsikan melalui laman sesawang atau di sosial media. Cuma berbeza dalam artikel ini, saya ingin kongsikan pandangan peribadi sendiri tentang perbezaan haluan antara Asasi, Matrikulasi dan Diploma. Perkongsian ini dirumuskan berdasarkan pemerhatian saya, temu bual bersama rakan dan hasil research sendiri...

Pengalaman Hiking Bukit Berekeh, Perak Jam 2 Pagi

  Saya ada share scenery puncak Bukit Berekeh di Instagram, cantik kan? Sebelum-sebelum ni saya memang dah biasa hiking, tapi ni first time dalam hidup hiking jam 2 pagi semata-mata nak tengok sunrise dan awan karpet. Resultnya memang berbaloi sangat!!😍😆 Boleh laa repeat lagi nanti.. Awalnya, dah plan dengan kawan, bertolak dari Selangor ke Perak pergi dan balik dalam masa 1 hari jee. Memang kalini punya adventure betul-betul extreme dan rare 😂😂. Kira-kira dalam jam 10 malam kami gerak. Nak jadi cerita, ada kawan kitorang ni bawak lebihan mee kari dari rumah. K atanya  buat bekalan sebelum hiking 😂 Jadi kena lah singgah kedai beli mangkuk pakai buang. Anggaran dalam jam 1 pagi kami sampai di main point. Sebelum hiking, kami sempat la makan mee kari duluu, warm up kan badan dan persiapkan alatan yang perlu. Memandangkan hiking jam 2 pagi, beberapa alatan yang memang saya persiapkan awal untuk keselamatan diri dan memudahkan perjalanan.  Main point untuk parking kereta...