Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2025

7 Perkara Yang Perlu Dibuat Apabila Berada Di Universiti

  Di universiti bukan hanya menimba ilmu sahaja! S atu pencapaian yang baik apabila berjaya memasuki universiti seperti yang diimpikan. Namun, ini baru sahaja permulaan baharu untuk melangkah ke arah yang lebih mencabar berbanding waktu persekolahan. Disini tiada lagi peraturan yang tetap dan yang perlu diikuti secara berkelompok seperti jadual kuliah yang selaras, waktu rehat yang singkat, guru yang sama untuk setiap subjek dan kelas. Tiada lagi nota-nota atau latihan yang disediakan sepenuhnya oleh guru, atau perlu melibatkan diri dalam aktiviti kejohanan sukan secara paksa rela dan sebagainya. Sekarang, di alam universiti terserah dan bergantung kepada diri sendiri. Kita sendiri yang aturkan bagaimana kehidupan yang mahu dibentuk. Seusai kaki melangkah ke alam universiti, ada pernah terfikir untuk sepanjang tahun pengajian apa yang harus dilakukan? Kenapa harus course ini dipelajari? Adakah course ini dijamin 100% akan merealisasikan cita-cita selepas tamat belajar? Sebagai be...